dailyvideo

Fasha Sandha artis paling seksi ABPBH?



MyMetro masih mengekalkan undian ‘5 Artis Paling Seksi’ dalam MyMetro. Kepada pembaca yang ingin memberi sokongan pada artis kesayangan anda, sila buat undian anda dan layari laman web www.hmetro.com.my

Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.



Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.
Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum


Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga penampilan.

“Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media.

“Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda,” katanya.
“Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif,” katanya.

Posted by Unknown on 4:07 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Fasha Sandha artis paling seksi ABPBH?

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors