dailyvideo

Bekas isteri pengarah Amuk!

Kisah seorang pelakon ganggu rumah tangga seorang pengarah semua orang dah tahu. Tapi dengar-dengarnya dalam kenyataan kepada sebuah media, pelakon wanita sensasi itu kononnya nak kahwin dengan orang lain.

Apa sudah jadi hubungannya dengan pengarah tu? Hubungan tak menjadi ke? Kesianlah kepada pengarah tu kalau ditinggalkan si pelakon setelah rumah tangga dengan seorang isteri yang cukup cantik itu berantakan.



Mangga Muda ada terserempak dengan isteri kepada pengarah tu baru-baru ini. Lama juga tak jumpa dia sejak dia meninggalkan dunia yang merapatkan dia dengan media. Tapi bila dia kembali ke dunia dulu, adalah kembali kelibatnya.



Mangga Muda memang kenal dengan isteri pengarah tu. Bukan setakat kenal, malah rumah keluarga dia di kampung juga tak jauh dari rumah keluarga Mangga Muda.

Mangga Muda terkejut lihat perubahan pada dia. Badannya susut banyak sebab menanggung beban derita bila rumah tangga punah. Yalah hati siapa yang tak sakit bila terjadi macam tu? Anak-anak pula sedang nak membesar.

Senyumnya pun tawar dan kelat walaupun cuba mengukir senyum berjumpa kawan lama. mangga Muda tak mahu tanya pasal kisah jahat pelakon tu, sebab tak mahu menjadikan moodnya yang sedang elok itu spoil.

Mangga Muda hanya pendam saja dan buat-buat tak tahu. Dia juga tak pernah menjaja cerita sebab tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Tak ada pula dia memburuk-burukkan suami kerana mahu redha menerima apa yang berlaku.

Tapi baru-baru ini meletup juga isteri pengarah tu bila baca kenyataan pelakon pengacau itu dalam usaha membersihkan dirinya. Apabila ditanya media, pelakon berbakat itu mengatakan dia bukanlah punca kepada keretakan rumah tangga si pengarah. Mahu tak naik angin.

Ini antara luahan isteri pengarah tu dalam laman sosial miliknya: "Antara jawapan paling bangang 'saya bukan punca... pihak di sana saya harap belajarlah cari kesalahan sendiri daripada menuding jari ke arah orang lain'. Apa awak cuba buat? Mahu uji kesabaranku mari sini nak ajar sikit. Bila kita bersalah jangan sesekali letakkan kesalahan pada pihak lain kerana awak dah cari pasal dengan orang."

Manalah isteri pengarah tu tak naik angin. Dahlah rumah tangganya punah, pelakon tu pula suruh dia cari kesalahan sendiri. Amboi sedapnya mulut pelakon tu bercakap. Patutlah sebelum ini kecoh pasal hubungannya dengan seorang lelaki lain yang juga dikenali orang.

Posted by JONI PINEM on 11:15 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Bekas isteri pengarah Amuk!

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors