dailyvideo

Fazren Rafi tak pandai parking kereta?




Luahan Peminat: Peristiwa ini sudah agak lama berlalu, bulan Julai lepas rasanya, tetapi apabila saya membaca akhbar hari ini, saya tersenyum sendiri. Sedang saya memandu di sebuah kawasan di UM, saya ternampak sebuah kereta Mazda RX-8 selang sebuah kereta di hadapan saya. Mazda RX-8 merah tersebut ingin dipandu masuk ke petak parking di tempat tersebut. Maka, seperti biasa, orang belakang (termasuk saya) terpaksa bersabar untuk beri ruang kepada pemandu tersebut membetulkan kedudukan keretanya dalam petak yang disediakan.

Nak dijadikan cerita, pemandu tersebut mengambil masa yang sangat lama! Go ahead, go astern, go ahead, go astern…. dalam 30 saat tak siap-siap. Saya yang sedang memandu Honda Accord milik Zulfadhli masih bersabar. Akhirnya, kesabaran saya agak memuncak. Ingin sahaja menekan hon kereta. Tidak sempat saya tekan hon kereta yang saya pandu, saya sudahpun mendengar hon lain.

Saya lihat, kenderaan yang membunyikan hon tersebut adalah jenama Honda. Tetapi, bukan Honda Civic, Honda Accord, mahupun Honda Jazz, tetapi hanya Honda EX-5.




Setelah selesai, saya terus berlalu. Sempat juga menjeling ke arah RX-8 tersebut, dalam hati


Dan sejak itu, ada la beberapa kali saya terjumpa Mazda RX-8 tersebut di tempat parking tersebut. Menariknya, akhbar hari ini melaporkan, kereta itu milik seorang artis, yang juga merupakan mahasiswa UM, Fazren namanya. Saya tersenyum sendiri. Maaf ya kepada artis berkenaan! Saya takkan lupa Honda EX-5 dan Mazda RX-8 tersebut.

Posted by JONI PINEM on 7:48 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Fazren Rafi tak pandai parking kereta?

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors