dailyvideo

Aizat AF akan Melanjutkan Pelajaran di United Kingdom

Aizat AF yang popular dengan lagu Kau Aku, Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita dan lain-lain lagi membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi muzik di salah sebuah universiti di United Kingdom.

Walaupon popularitinya yang kian memuncak dari sehari ke sehari, Aizat tetap dengan pendiriannya untuk melanjutkan pelajaran kerana memikirkan masa depan dan usianya yang masih muda. Aizat AF sememangnya penyanyi yang berbakat, ditambah pula dengan kemahuannya untuk melanjutkan pelajaran, tidak mustahil dalam beberapa tahun akan datang populariti Aizat akan lebih meningkat berbanding hari ini.
Kenapa Aizat tak melanjutkan pelajaran di dalam negara?




Sebenarnya bidang teknologi muzik masih kurang ditawarkan di universiti dalam negara. Justeru itu, Aizat ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. 27 Ogos ini Aizat akan ke United Kingdom untuk mengenalpasti universiti mana yang terbaik untuknya. Buat masa ini, universiti yang Aizat dah survey ialah Thames Valley University yang menawarkan bidang teknologi muzik.

Aizat masih berbincang dengan keluarga nya mengenai perkara ini. Kemungkinan besar keluarganya tidak akan menghalang niat baik Aizat untuk melanjutkan pelajaran. Aizat bakal menjadi penyanyi yang bukan sahaja berbakat malah berilmu.

Posted by Unknown on 11:10 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Aizat AF akan Melanjutkan Pelajaran di United Kingdom

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors