dailyvideo

Rozita Che Wan Nak Berhenti Berlakon



Nampaknya sorang demi sorang pelakon Malaysia dah nak retired daripada dunia lakonan. Nampak sangat tak boleh nak carik makan kat industri kita nie. Que Haidar dan Rozita Che Wan kedua-duanya pun nak berhenti berlakon sebab nak tumpu perhatian kepada perniagaan masing-masing. Que Haidar tak tau lagi dia nak berniaga apa, tapi kalau Rozita Che Wan rasanya berniaga bulu mata palsu.

Dan kepada para Dato’- Dato’ di luar sana yang menaruh minat kepada janda kedua terhangat Malaysia(sekarang status janda terhangat dipegang oleh Maya Karin), jangan risau sebab RCW berhenti berlakon bukan sebab nak kahwin. Untuk pengetahuan, RCW sekarang dah ada kekasih hati yang bekerja di Singapura. Single mingle lagi.

Kesian jugak kami sebenarnya kat pelakon Malaysia nie. Kalau pelakon Hollywood sekali berlakon boleh dapat puluh juta, pelakon Malaysia nak dapat puluh ribu pun payah kot. Itu tak kira yang kena kaput dengan produser yang buat muka tak reti nak bayar pelakon. Nampak sangat industri lakonan negara kita masih di bawah takuk yang tak boleh dibanggakan.

Apa-apa pun all the best buat Que Haidar dan Rozita Che Wan yang nak berniaga pulak lepas nie. Rancang elok-elok supaya boleh minimumkan segala risk nanti. Sekali lagi, all the best

Posted by JONI PINEM on 1:39 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Rozita Che Wan Nak Berhenti Berlakon

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors