dailyvideo

Akhirnya Fazura Mengaku Berkawan Kerabat

Setiap kali gosip berkaitan artis wanita ada hubungan dengan golongan VVIP dan kerabat, nama pelakon cantik, Nur Fazura Sharifuddin, 27 atau popular sebagai Fazura sering dicanangkan sebagai artis yang dimaksudkan.

Dalam pada kecohnya hubungan yang dibahaskan sana-sini, bagaimanapun tidak pula pernah terselit pengakuan dari mulut Fazura sendiri mengenai hubungannya dengan kerabat dari Selatan tanah air itu. Malah, bukti seperti gambar kemesraan antara mereka berdua tidak pula pernah ditemui oleh mana-mana pihak media.

Bagi mendapat kepastian tentang gosip hubungan ini, portal murai.com.my terus bertemu Fazura yang kebetulan hadir ke majlis Anugerah Stail EH! 2010 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, malam tadi.

"Kalau boleh saya tak nak beri apa-apa komen mengenai hal ini. Nanti bila buka mulut, perkara ini akan menjadi semakin meleret dan diperbesarkan. Terus-terang saya cakap dan saya mengaku bahawa saya memang mengenalinya. Saya dengan dia (kerabat) hanyalah sebagai teman biasa tapi bukanlah 'teman tapi mesra'.

"Sampai mana hubungan kami itu, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Saya sudah tak mahu cakap lagi. Sekali lagi, kami hanya berkawan saja. Terus-terang, saya kenal dia dah lama. Kami mula berkenalan kira-kira pada tahun 2006.

"Saya kenal dia pun melalui kawan-kawan saya. Kawan yang kenalkan saya dengan dia tu bukanlah terdiri dari kawan artis tau. Kawan biasa saja yang kenalkan kami," jelasnya.

Tambahnya lagi, sungguhpun perkara ini telah mendapat liputan media sana-sini, kedua-dua belah pihak mereka tidak pula melenting atau pun mahu mengambil sebarang tindakan.

"Setakat ini, kami biasa saja. Kami tak ada hal pun. Kami berdua tenang menghadapi gosip ini. Saya tengok orang lain yang sibuk buat kecoh pasal hal kami berdua. Sedangkan kami tak ada apa-apa pun.Tentang famili dia, itu saya no komen," ujar Fazura yang dianugerahkan sebagai Selebriti Wanita Paling Bergaya Anugerah Stail EH! 2010.

Menyentuh hal kerjaya lakonannya pula, Fazura mengakui ketika ini dia sedang sibuk dengan program jelajah bersama produk kecantikan Avon.

"Sekarang ini, saya tak ada terlibat dengan mana-mana drama atau pun filem. Saya sedang menunggu tawaran yang bagus. Nak kata saya berehat berlakon tak jugak. Kalau boleh saya nak watak ala-ala watak saya dalam filem Pisau Cukur.

"Saya mahukan watak yang saya tak pernah dapat lagi. Apa kes pun, hal ini tiada kena mengena dengan isu saya demand atau terlalu pilih bulu. Saya masih tetap Fazura yang dulu," katanya.

Posted by Unknown on 11:15 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Akhirnya Fazura Mengaku Berkawan Kerabat

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors