dailyvideo

Dafi dan Acha ker?


Masa sembang sembang dengan kekawan di Cafe Siah kat Bangi baru-baru ini Mangga Muda terdengar satu cerita hot. Ini antaya kisah hangat tahun inilah juga.

Kalau apa yang Mangga Muda dengar tu betul, bolehlah Mangga Muda gelarkannya sebagai cinta tanah seberang.

Dengar-dengarnya pelakon Acha Septriasa sudah ada teman baru selepas putus cinta dengan Irwansyah dan seorang teman lain selepas itu.

Kali ini khabarnya Acha berkawan mesra dengan rakan sekolej yang juga seotang penyanyi terkenal negara ini yang memiliki wajah yang comel, setanding dengan buah hati pertamanya Irwansyah tu. Siapa lagi kalau bukan Dafi.

Dafi ni memang jarang kita dengar pasal kisah cintanya. Yalah umurnya belum lagi mencecah 21 rahun. Hujung tahun ini baru genap 21 umurnya.

Acha pun masih muda, tapi lebih dulu mengenal cinta apabila digandingkan dengan Irwansyah dalam filem Heart.

Baguslah kalau benar apa yang Mangga Muda dengar sebab mereka berdua ni memang sepadan.

Sama muda dan sama sama bijak dalam pelajaran. Mereka masing-masing belajar di Kolej Universiti Lim Kok Wing.

Mangga Muda: Rupa-rupanya Acha taste lelaki berkulit putih dan comel.

dafi



Posted by JONI PINEM on 9:41 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 komentar for Dafi dan Acha ker?

Post a Comment

Recent News

Populer News

Recent Comments

Facebook Fans

Photo Gallery

Lot of Visitors